6 Oktober 2012

JAMUAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SK TUN SAS 2012

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Perpustakaan SK Tun Sas telah diadakan pada hari ini di Hotel Holiday Inn,Banda Hilir,Melaka.
Majlis yang sungguh meriah ini juga diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Safie Hj. Jaafar,Naib Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas,En. Raidee  dan barisan GPK SK Tun Sas serta guru-guru PSS.

Pengawas Perpustakaan juga telah memberikan satu persembahan khas semasa jamuan ini.
Tahniah kepada semua Pustakawan SK Tun Sas.








16 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Seluruh Jawatankuasa Pusat Sumber SK Tun Sas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ..Maaf Zahir Batin.

Operasi Peminjaman dan Pemulangan Buku-Buku di PSS SK Tun Sas akan berjalan seperti biasa mulai
27 Ogos 2012 ( Isnin )

SALAM AIDILFITRI ...

11 Julai 2012

MAJLIS PELANCARAN PENGGUNAAN KAD AUTOMASI PSS 2012

Majlis Pelancaran Penggunaan Kad Automasi PSS telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Hj.Jaafar di Pusat Sumber SK Tun Sas hari ini.

Majlis ringkas ini dihadiri sama oleh GPK1 -Pentadbiran,En Kamaruddin Abdul Majid,GPK Ko-Kurikulum,Pn. Norizan Zainudin, Guru Media ,En. Wan Mohd Shukri Wan Ahmad dan Guru Perpustakaan , Pn. Hjh. Rose Marina Mohd Said.

Majlis juga dihadiri oleh Pn. Nurazura dan Cik Nurul Syaheera ( Guru Praktikum IPPM ) bersama-sama dengan Pustakawan SK Tun Sas.

Mulai esok 12 Julai 2012 , Sistem Pinjaman menggunakan Kad Automasi boleh digunakan oleh semua murid SK Tun Sas.






 

9 April 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEMPEN 1 KELUARGA 1 BUKU SK TUN SAS 2012

Majlis Pelancaran Program Nilam dan Kempen 1Keluarga 1Buku telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,
Dr. Hj. Raihan bin Hj Omar di Dataran Ilmu , SK Tun Sas.

Program Nilam adalah program yang dianjurkan oleh KPM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Dr. Hj. Raihan bin Hj. Omar telah menyempurnakan majlis pelancaran dengan gimik memecahkan ais dan dikeluarkan label NILAM.






































Pelancaran Kempen 1Keluarga 1Buku juga telah dilancarkan semasa majlis ini. Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar,Tuan Guru Besar SK Tun Sas telah melancarkan kempen ini bagi menambah bilangan buku cerita dan koleksi rujukan di Perpustakaan SK Tun Sas.




6 April 2012

KUIZ SPONGEBOB SQUAREPANTS

Cari 8 perbezaan di antara dua gambar di bawah .
Bulatkan perbezaan dalam gambar tersebut.

Apa yang perlu anda buat ?
1. Cetak gambar yang diberi.
2. Bulatkan jawapan yang diminta.
3. Dapatkan Borang Penyertaan dari PSS SK Tun Sas (En. Wan Mohd Shukri ) dengan harga RM 0.30 sahaja mulai 9 April 2012.

Tarikh Tutup Penyertaan :  13 April 2012
Hadiah akan diberi pada minggu berikutnya.5 pemenang akan dipilih setiap minggu. Keputusan adalah muktamad.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

Majlis Pelancaran Program Nilam 2012 akan diadakan pada :

Tarikh          :  9 April 2012
Hari             :  Isnin
Masa           :  7.45 pagi
Tempat        :  Dataran Ilmu,SK Tun Sas.
Perasmi       :  Dr. Hj. Raihan bin Hj Omar,
                      Pengerusi BIRO Kebajikan,
                      PIBG SK Tun Sas.

Harap maklum.

3 Mac 2012

PROGRAM NILAM 2012

 
 
 
Program NILAM
Pengenalan NILAM
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

Matlamat

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.


Objektif

* Menjadikan murid banyak membaca
* Menggalakkan sekolah terus menjna idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.


3 elemen Program NILAM


a) Rekod Membaca
   * Setiap pelajar harus merekodkan buku yang dibaca kr dalam Buku Rekod Membaca NILAM.

b) Pengesahan Pembacaan
  * Guru kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.

c) Pengiktirafan
  * Pengiktiran diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.


Tahap Pencapaian Prgram NILAM

a) Tahap Jauhari
Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Semua pelajar diwajibkan mengikuti galakan membaca tahap Jauhari

    i) Sekolah Rendah
       * Pelajar mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka menguasai asas    

          ( pertengahan tahun 1 )  
         

  

     ii) Sekolah Menengah




b) Sistem Ganjaran Rakan Pembaca
     


Pengiktirafan Tahunan

a) Buku Rekod Kemajuan
b) Kad Kumulatif


Model Program NILAM


Keseluruhan
a) Selepas enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah.
b) Sijil Berhenti sekolah
c) Surat akuan sekolah

Murid yang berjaya menamatkan program NILAM, berkeistimewaan untuk dipilih ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres dan Institusi Pengajian Tinffi serta mendapat penajaan biasiswa.

Dapatkan buku NILAM di Pusat Sumber SK Tun Sas.
Sila berjumpa dengan En. Wan Mohd Shukri (Penyelaras PSS) 

 



21 Januari 2012

SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2012

JK PSS SK Tun Sas dan seluruh warga PSS  mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada semua murid yang merayakannya.