9 April 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEMPEN 1 KELUARGA 1 BUKU SK TUN SAS 2012

Majlis Pelancaran Program Nilam dan Kempen 1Keluarga 1Buku telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,
Dr. Hj. Raihan bin Hj Omar di Dataran Ilmu , SK Tun Sas.

Program Nilam adalah program yang dianjurkan oleh KPM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Dr. Hj. Raihan bin Hj. Omar telah menyempurnakan majlis pelancaran dengan gimik memecahkan ais dan dikeluarkan label NILAM.






































Pelancaran Kempen 1Keluarga 1Buku juga telah dilancarkan semasa majlis ini. Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar,Tuan Guru Besar SK Tun Sas telah melancarkan kempen ini bagi menambah bilangan buku cerita dan koleksi rujukan di Perpustakaan SK Tun Sas.




6 April 2012

KUIZ SPONGEBOB SQUAREPANTS

Cari 8 perbezaan di antara dua gambar di bawah .
Bulatkan perbezaan dalam gambar tersebut.

Apa yang perlu anda buat ?
1. Cetak gambar yang diberi.
2. Bulatkan jawapan yang diminta.
3. Dapatkan Borang Penyertaan dari PSS SK Tun Sas (En. Wan Mohd Shukri ) dengan harga RM 0.30 sahaja mulai 9 April 2012.

Tarikh Tutup Penyertaan :  13 April 2012
Hadiah akan diberi pada minggu berikutnya.5 pemenang akan dipilih setiap minggu. Keputusan adalah muktamad.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

Majlis Pelancaran Program Nilam 2012 akan diadakan pada :

Tarikh          :  9 April 2012
Hari             :  Isnin
Masa           :  7.45 pagi
Tempat        :  Dataran Ilmu,SK Tun Sas.
Perasmi       :  Dr. Hj. Raihan bin Hj Omar,
                      Pengerusi BIRO Kebajikan,
                      PIBG SK Tun Sas.

Harap maklum.