11 Julai 2012

MAJLIS PELANCARAN PENGGUNAAN KAD AUTOMASI PSS 2012

Majlis Pelancaran Penggunaan Kad Automasi PSS telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Hj.Jaafar di Pusat Sumber SK Tun Sas hari ini.

Majlis ringkas ini dihadiri sama oleh GPK1 -Pentadbiran,En Kamaruddin Abdul Majid,GPK Ko-Kurikulum,Pn. Norizan Zainudin, Guru Media ,En. Wan Mohd Shukri Wan Ahmad dan Guru Perpustakaan , Pn. Hjh. Rose Marina Mohd Said.

Majlis juga dihadiri oleh Pn. Nurazura dan Cik Nurul Syaheera ( Guru Praktikum IPPM ) bersama-sama dengan Pustakawan SK Tun Sas.

Mulai esok 12 Julai 2012 , Sistem Pinjaman menggunakan Kad Automasi boleh digunakan oleh semua murid SK Tun Sas.