29 Mei 2015

ANUGERAH BACAAN NILAM TERBAIK NEGERI MELAKA 2014

Adik Sithi Fahima binti Hussein murid tahun 6 Kesturi ( 2014 ) telah dianugerahkan sebagai Anugerah Murid Bacaan NILAM Terbaik Negeri Melaka 2014 ( Kategori Sekolah Rendah ).

Tahniah buat adik Sithi Fahima yang kini sedang menuntut di Tingkatan Satu SMK Ayer Keroh.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohd Rashid bin Hj Hussin semasa Majlis Anugerah NILAM peringkat negeri Melaka yang diadakan di Dewan SMK Seri Tanjung. 




6 Mei 2015

PERKHIDMATAN MESIN PHOTOSTATE DI PSS SK TUN SAS

Untuk makluman semua warga SK Tun SAS ,pihak pengurusan PSS SK Tun SAS telah menyediakan perkhidmatan photostate untuk semua warga SK Tun SAS dengan kadar yang berpatutan.

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini sila hubungi En. W. Mohd Shukri Wan Ahmad, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah ataupun daripada Pn. Farah di bilik pengurusan PSS.