Majlis Pelancaran Program NILAM 2013 telah dilancarkan pada 11 Mac 2013 di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar
Semua murid SK Tun Sas terpegun dengan gimik pelancaran majlis ini dimana watak simbolik " Upin dan Ipin" berbasikal membawa beberapa naskhah buku untuk diserahkan kepada Tuan Guru Besar.
Bersempena dengan majlis pelancaran ini juga telah dilancarkan Kempen Satu Murid Satu Buku dimana murid-murid SK Tun Sas digalakkan untuk membuat sumbangan buku cerita,majalah dan lain-lain bahan bacaan yang bersesuaian.
Sambutan amat menggalakkan diterima daripada murid-murid SK Tun Sas semasa majlis pelancaran Kempen Satu Murid Satu Buku di mana pelbagai bahan bacaan dan rujukan telah disumbangkan oleh murid-murid SK Tun Sas.
Ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan tersebut.
Tahniah buat semua JK Majlis Pelancaran Nilam 2013....
14 Mac 2013
6 Mac 2013
PROGRAM KHIDMAT BANTU PKG DAERAH MELAKA TENGAH 2013
Program Khidmat Bantu dari gabungan PKG Daerah Melaka Tengah telah diadakan di Pusat Sumber SK Tun Sas hari ini. Program ini diketuai oleh En. Nasrullah dari PKG Batu Berendam, En. Mohamed Nizam,PKG Padang Temu, En. Mohd Shahir, PKG Bachang,En. Zaidi Jaafar,PKG Cheng , En. Wan Abd Halim Md Zin, PKG Ayer Molek dan En. Norisam Majid dari PKG Kampung Gelam.
Program ini dijalankan untuk memantau dan menilai aktiviti yang dijalankan di PSS sekolah. Di samping itu juga pihak PKG juga memberikan cadangan penambahbaikan untuk semua aktiviti di PSS.
Perkara yang dipantau ialah :
- Pengurusan ICT
- NILAM
- Pengurusan Bilik ICT
- Pengurusan bahan Cetak/Bukan Cetak PSS
- Pengurusan Dan Penggunaan Perpustakaan

4 Mac 2013
MAJLIS PELANTIKAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS PUSAT SUMBER 2013
Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber 2013 telah dijalankan pada hari ini di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas.
Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar semasa perhimpunan rasmi sekolah.
Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar semasa perhimpunan rasmi sekolah.
6 Oktober 2012
JAMUAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SK TUN SAS 2012
Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Perpustakaan SK Tun Sas telah diadakan pada hari ini di Hotel Holiday Inn,Banda Hilir,Melaka.
Majlis yang sungguh meriah ini juga diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Safie Hj. Jaafar,Naib Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas,En. Raidee dan barisan GPK SK Tun Sas serta guru-guru PSS.
Pengawas Perpustakaan juga telah memberikan satu persembahan khas semasa jamuan ini.
Tahniah kepada semua Pustakawan SK Tun Sas.

16 Ogos 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012
Seluruh Jawatankuasa Pusat Sumber SK Tun Sas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ..Maaf Zahir Batin.
Operasi Peminjaman dan Pemulangan Buku-Buku di PSS SK Tun Sas akan berjalan seperti biasa mulai
27 Ogos 2012 ( Isnin )
SALAM AIDILFITRI ...
Operasi Peminjaman dan Pemulangan Buku-Buku di PSS SK Tun Sas akan berjalan seperti biasa mulai
27 Ogos 2012 ( Isnin )
SALAM AIDILFITRI ...
11 Julai 2012
MAJLIS PELANCARAN PENGGUNAAN KAD AUTOMASI PSS 2012
Majlis Pelancaran Penggunaan Kad Automasi PSS telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Safie Hj.Jaafar di Pusat Sumber SK Tun Sas hari ini.
Majlis ringkas ini dihadiri sama oleh GPK1 -Pentadbiran,En Kamaruddin Abdul Majid,GPK Ko-Kurikulum,Pn. Norizan Zainudin, Guru Media ,En. Wan Mohd Shukri Wan Ahmad dan Guru Perpustakaan , Pn. Hjh. Rose Marina Mohd Said.
Majlis juga dihadiri oleh Pn. Nurazura dan Cik Nurul Syaheera ( Guru Praktikum IPPM ) bersama-sama dengan Pustakawan SK Tun Sas.
Mulai esok 12 Julai 2012 , Sistem Pinjaman menggunakan Kad Automasi boleh digunakan oleh semua murid SK Tun Sas.

5 Julai 2012
CONTOH KAD AUTOMASI PSS SK TUN SAS
SEMUA MURID DARI TAHUN 1 HINGGA 6 DIKEHENDAKIMENGGUNAKAN KAD AUTOMASI INI SEMASA MEMBUAT PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU DI PERPUSTAKAAN.
Langgan:
Catatan (Atom)