3 Mac 2014

PELANCARAN PROGRAM NILAM SK TUN SAS 2014

Majlis Pelancaran Program NILAM SK Tun Sas telah diadakan pada hari ini di Dataran Tun Tuah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Arif bin Hj. Yusa,Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh.
Program NILAM ini akan diadakan sepanjang minggu ini di mana pelbagai aktiviti akan diadakan .Antaranya ialah Pertandingan Mewarna,Kuiz Bahasa Melayu,Kuiz dan Silangkata Bahasa Inggeris. Kesemua pertandingan ini akan melibatkan Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Laman Anjung NILAM juga telah dirasmikan penggunaannya oleh Tn. Hj. Arif di mana pelbagai bahan rujukan dan bacaan untuk murid diletakkan di tempat ini.








  

17 Februari 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2014

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar - Pengawas Perpustakaan 2014 telah diadakan pada pagi ini.
Majlis telah disempurnakan oleh En. Zali Mat Yassin,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas.
Turut hadir bersama ialah AJK PIBG SK Tun Sas yang sama-sama memeriahkan majlis yang diadakan ini.



14 Mac 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013

Majlis Pelancaran Program NILAM 2013 telah dilancarkan pada 11 Mac 2013 di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar
Semua murid SK Tun Sas terpegun dengan gimik pelancaran majlis ini dimana watak simbolik " Upin dan Ipin" berbasikal membawa beberapa naskhah buku untuk diserahkan kepada Tuan Guru Besar.

Bersempena dengan majlis pelancaran ini juga telah dilancarkan Kempen Satu Murid Satu Buku dimana murid-murid SK Tun Sas digalakkan untuk membuat sumbangan buku cerita,majalah dan lain-lain bahan bacaan yang bersesuaian.

Sambutan amat menggalakkan diterima daripada murid-murid SK Tun Sas semasa majlis pelancaran Kempen Satu Murid Satu Buku di mana pelbagai bahan bacaan dan rujukan telah disumbangkan oleh murid-murid SK Tun Sas.
Ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan tersebut. 

Tahniah buat semua JK Majlis Pelancaran Nilam 2013....












6 Mac 2013

PROGRAM KHIDMAT BANTU PKG DAERAH MELAKA TENGAH 2013

Program Khidmat Bantu dari gabungan PKG Daerah Melaka Tengah telah diadakan di Pusat Sumber SK Tun Sas hari ini. Program ini diketuai oleh En. Nasrullah dari PKG Batu Berendam, En. Mohamed Nizam,PKG Padang Temu, En. Mohd Shahir, PKG Bachang,En. Zaidi Jaafar,PKG Cheng , En. Wan Abd Halim Md Zin, PKG Ayer Molek dan En. Norisam Majid dari PKG Kampung Gelam.

Program  ini dijalankan untuk memantau dan menilai aktiviti yang dijalankan di PSS sekolah. Di samping itu juga pihak PKG juga memberikan cadangan penambahbaikan untuk semua aktiviti di PSS.

Perkara yang dipantau ialah :
 - Pengurusan ICT
 - NILAM
 - Pengurusan Bilik ICT
 - Pengurusan bahan Cetak/Bukan Cetak PSS
 - Pengurusan Dan Penggunaan Perpustakaan





4 Mac 2013

MAJLIS PELANTIKAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS PUSAT SUMBER 2013

Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber 2013 telah dijalankan pada hari ini di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas.
Majlis telah disempurnakan oleh  Guru Besar SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar semasa perhimpunan rasmi sekolah.














  

















6 Oktober 2012

JAMUAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SK TUN SAS 2012

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Perpustakaan SK Tun Sas telah diadakan pada hari ini di Hotel Holiday Inn,Banda Hilir,Melaka.
Majlis yang sungguh meriah ini juga diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Safie Hj. Jaafar,Naib Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas,En. Raidee  dan barisan GPK SK Tun Sas serta guru-guru PSS.

Pengawas Perpustakaan juga telah memberikan satu persembahan khas semasa jamuan ini.
Tahniah kepada semua Pustakawan SK Tun Sas.