9 April 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEMPEN 1 KELUARGA 1 BUKU SK TUN SAS 2012

Majlis Pelancaran Program Nilam dan Kempen 1Keluarga 1Buku telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia,
Dr. Hj. Raihan bin Hj Omar di Dataran Ilmu , SK Tun Sas.

Program Nilam adalah program yang dianjurkan oleh KPM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Dr. Hj. Raihan bin Hj. Omar telah menyempurnakan majlis pelancaran dengan gimik memecahkan ais dan dikeluarkan label NILAM.






































Pelancaran Kempen 1Keluarga 1Buku juga telah dilancarkan semasa majlis ini. Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar,Tuan Guru Besar SK Tun Sas telah melancarkan kempen ini bagi menambah bilangan buku cerita dan koleksi rujukan di Perpustakaan SK Tun Sas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan