14 Mac 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013

Majlis Pelancaran Program NILAM 2013 telah dilancarkan pada 11 Mac 2013 di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SK Tun Sas, Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar
Semua murid SK Tun Sas terpegun dengan gimik pelancaran majlis ini dimana watak simbolik " Upin dan Ipin" berbasikal membawa beberapa naskhah buku untuk diserahkan kepada Tuan Guru Besar.

Bersempena dengan majlis pelancaran ini juga telah dilancarkan Kempen Satu Murid Satu Buku dimana murid-murid SK Tun Sas digalakkan untuk membuat sumbangan buku cerita,majalah dan lain-lain bahan bacaan yang bersesuaian.

Sambutan amat menggalakkan diterima daripada murid-murid SK Tun Sas semasa majlis pelancaran Kempen Satu Murid Satu Buku di mana pelbagai bahan bacaan dan rujukan telah disumbangkan oleh murid-murid SK Tun Sas.
Ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan tersebut. 

Tahniah buat semua JK Majlis Pelancaran Nilam 2013....












Tiada ulasan:

Catat Ulasan