6 Mac 2013

PROGRAM KHIDMAT BANTU PKG DAERAH MELAKA TENGAH 2013

Program Khidmat Bantu dari gabungan PKG Daerah Melaka Tengah telah diadakan di Pusat Sumber SK Tun Sas hari ini. Program ini diketuai oleh En. Nasrullah dari PKG Batu Berendam, En. Mohamed Nizam,PKG Padang Temu, En. Mohd Shahir, PKG Bachang,En. Zaidi Jaafar,PKG Cheng , En. Wan Abd Halim Md Zin, PKG Ayer Molek dan En. Norisam Majid dari PKG Kampung Gelam.

Program  ini dijalankan untuk memantau dan menilai aktiviti yang dijalankan di PSS sekolah. Di samping itu juga pihak PKG juga memberikan cadangan penambahbaikan untuk semua aktiviti di PSS.

Perkara yang dipantau ialah :
 - Pengurusan ICT
 - NILAM
 - Pengurusan Bilik ICT
 - Pengurusan bahan Cetak/Bukan Cetak PSS
 - Pengurusan Dan Penggunaan Perpustakaan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan